Program Kebitaraan Sains Pertanian SMK Desa Skudai merupakan satu program yang dirangka bagi menyahut seruan kerajaan untuk memanafaatkan bumi dengan melaksanakan usaha positif bagi mencapai objektif negara berhubung dasar pertanian. Dengan meletakkan sektor pertanian sebagai jentera ketiga pertumbuhan ekonomi negara dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), usaha menggalakkan pembabitan rakyat dalam sektor ini harus dipupuk bermula pada peringkat sekolah lagi. Pelajar yang mempunyai minat dalam bidang pertanian boleh menjadikannya sebagai satu profesion. Kini terdapat pelbagai teknologi yang membolehkan pertanian dilaksanakan dengan cara moden dan komersial serta mendatangkan hasil yang banyak. Dalam menghadapi krisis ekonomi dan makanan dunia, pertanian merupakan bidang yang amat penting dan cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.
ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah di blog ini.